JADUAL KADAR HARGA

JADUAL KADAR HARGA BAGI KEJURUTERAAN AWAM DAN BANGUNAN
 
Jadual Kadar Harga Bagi Kejuruteraan Awam Dan Bangunan Tahun 2016 ini dikemaskini setiap dua tahun sekali oleh Bahagian Khidmat Kos, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan berdasarkan ketetapan Kementerian Kewangan. Jadual Kadar Harga ini hendaklah digunakan untuk perkiraan kos bagi kerja-kerja yang dijalankan secara undi dan tidak sekali-kali boleh digunakan untuk mengira harga bagi kerja-kerja perubahan (VO) di dalam mana-mana kontrak yang berasaskan senarai kuantiti atau pelan dan spesifikasi.
 
Kerja-kerja undi yang dimaksudkan di sini ialah kerja-kerja memperbaiki bangunan, jalan, longkang, membersihkan kawasan dan lain-lain kerja pembaikan yang tidak mengubah struktur asal yang nilainya tidak melebihi RM 50,000. Jadual Kadar Harga ini disusun mengikut senarai ketukangan kerja berkaitan dengan pembaikan dan pengubahsuaian.
 
Ia dijual kepada orang awam dengan harga RM20.00 senaskhah di :
 
Unit Tawaran Pusat, 
Cawangan Pengurusan Perolehan dan Harta, 
Tingkat Bawah Blok A, Kementerian Kerja Raya, 
Jalan Sultan Salahuddin, 
50582 Kuala Lumpur 
 
JADUAL KADAR HARGA KERJA-KERJA BANGUNAN BERASASKAN LUKISAN DAN SPESIFIKASI
 
Jadual Kadar Harga Kerja-Kerja Bangunan Berasaskan Lukisan Dan Spesifikasi 2017 merupakan sebahagian daripada dokumen bagi kontrak yang berasaskan lukisan dan Spesifikasi untuk digunakan sebagai asas dalam penilaian perubahan kerja. 
 
JKH ini dikemaskini 2 tahun sekali oleh, Bahagian Khidmat Kos, CKUB berasaskan harga pasaran semasa bahan-bahan binaan, upah buruh dan sewa loji/jentera. 
 
Ia disusun mengikut senarai ketukangan kerja iaitu: Piling, Excavation, Concretor, Bricklayer, Drainlayer, Roofer, Carpenter and Joiner, Ironmongery, Steel and Ironworker, Pavior, Plasterer and Tile Fixer, Plumber, Glazier, Painter and Road, Culvert, Fencing and Turfing. 
 
Ia dijual dengan harga RM5.00 senaskhah kepada orang awam di :
 
Unit Tawaran Pusat, 
Cawangan Pengurusan Perolehan dan Harta, 
Tingkat Bawah Blok A, Kementerian Kerja Raya, 
Jalan Sultan Salahuddin, 
50582 Kuala Lumpur 
 
KOS PURATA SEMETER PERSEGI KERJA-KERJA PEMBINAAN BANGUNAN
 
Buku Kos Purata Semeter Persegi Kerja-Kerja Pembinaan Bangunan 1/2017 ini diedarkan bertujuan untuk memberikan maklumat kos bagi kerja-kerja pembinan bangunan Kerajaan berdasarkan lukisan-lukisan piawai. Edaran adalah terhad kepada kakitangan awam sahaja. Data kos yang dibukukan ini berdasarkan As Tendered Detailed Abstract (ATDA) dan maklumat kos ini boleh digunakan untuk penyediaan anggaran kos projek.
 
Kos Purata Semeter Persegi Kerja-Kerja Pembinaan Bangunan hanya boleh di akses oleh warga JKR sahaja dan dimuat turun di J-Pedia (link is external)
 
PANDUAN MAKLUMAT KOS BINAAN JKR

Buku Panduan Maklumat Kos Binaan JKR 1/2017 merupakan salah satu daripada alat bantuan untuk penyediaan anggaran kos awal. Ia diterbitkan untuk menyediakan panduan dan rujukan yang berguna kepada Juruukur Bahan, khususnya, dan seluruh warga JKR, amnya.

Buku Panduan Maklumat Kos Binaan JKR ini hanya boleh di akses oleh warga JKR sahaja dan dimuat turun di J-Pedia (link is external)
 

JADUAL KADAR HARGA PENYIASATAN TAPAK 

Jadual Kadar Harga Penyiasatan Tapak (JKH SI 2015) telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan bagi tempoh tiga (3) tahun sahaja mulai 26 November 2015 hingga 25 November 2018. 

JKH SI 2015 hanya boleh di akses oleh warga JKR sahaja dan boleh dimuat turun di J-Pedia (link is external)
 

JADUAL KADAR KERJA ELEKTRIK (JKKE) UNTUK PENYENGGARAAN ELEKTRIK DAN KERJA-KERJA KECIL ELEKTRIK TAHUN 2023

Jadual Kadar Kerja Elektrik (JKKE) Untuk Penyenggaraan Elektrik dan Kerja – Kerja Kecil Elektrik Tahun 2023 [JKKE 2023] dikemaskini setiap dua (2) tahun sekali oleh Cawangan Kejuruteraan Elektrik berdasarkan ketetapan Kementerian Kewangan. 

Jadual Kadar Kerja Elektrik ini hendaklah digunakan untuk pengiraan kos bagi kerja-kerja secara undi dan segera / kecemasan yang berpandukan Arahan Perbendaharaan 179 dan Pekeliling Perbendaharaan Kaedah Perolehan Kerajaan (PK 2.1) atau yang semasa. Ianya tidak boleh digunakan untuk mengira harga bagi kerja - kerja Pindaan di dalam mana - mana Sebutharga atau Kontrak yang berdasarkan Senarai Kuantiti atau Pelan dan Spesifikasi. 

Sila klik di sini untuk tujuan rujukan elektronik sahaja dan tidak boleh dicetak. 

 

Melayu