Pengarah Kanan : Ar. Sharina Intan binti Abdullah
Setiausaha Pejabat : Farah Diyana binti Abd. Malik
Pejabat Pengarah Kanan
Cawangan Arkitek
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Tingkat 11, Menara Tun Ismail Mohamad Ali
No.25, Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur
No. Tel. : 03 - 2616 5045
No. Fax : 03 - 2697 7430
Objektif
-
Merupakan peneraju di dalam penyampaian perkhidmatan reka bentuk dan penyelidikan seni bina di dalam JKR, di samping melaksanakan program-program pembangunan kepakaran seni bina agar dapat memberi perkhidmatan perunding teknikal seni bina yang terunggul.
-
Menjadi custodian kepada Disiplin Seni Bina JKR dan bertanggungjawab ke atas pembangunan kerjaya pegawai dan kakitangan dalam bidang seni bina untuk melahirkan modal insan yang kreatif, inovatif dan berintegriti.
Fungsi
-
Memberikan input dan khidmat pakar dalam pelaksanaan reka bentuk pelbagai fasiliti bangunan.
-
Menerajui pembangunan seni bina lestari di peringkat jabatan.
-
Ketua Disiplin Arkitek.
-
Menerajui Pengurusan Strategik Disiplin Arkitek.
-
Bertanggungjawab ke atas kemajuan kerjaya pegawai dan kakitangan dalam bidang seni bina.
-
Menyelaras dengan disiplin lain di Sektor Pakar bagi merancang pelaksanaan pembangunan reka bentuk dan perolehan.
-
Menghasilkan reka bentuk pelbagai fasiliti bangunan kerajaan yang menepati kos, kualiti dan tempoh siap yang dipersetujui oleh kementerian.
-
Memperkasakan proses kerja penyampaian reka bentuk fasiliti bangunan dan juga melaksanakan program-program menyokong pembangunan mampan dan lestari dari aspek seni bina.
-
Menjalankan kerja-kerja Forensik Seni Bina.
-
Mengadakan program-program pembangunan dan inovasi dalam bidang seni bina dan program pembangunan teknologi bangunan piawaian.
-
Menyediakan garis panduan, kajian, piawaian dan rujukan kesenibinaan.
-
Menjalankan program dan kajian usaha sama dengan beberapa IPT tempatan.
-
Melaksana tadbir urus Change Management untuk Building Information Modelling (BIM-JKR).
-
Latihan dan pembangunan kerjaya Disiplin seni bina dalam pelaksanaan Competency Based Human Resource Management (CBH-RM).
- 58340 bacaan