Date: Jumaat, Jun 2, 2017

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ar. Rosila binti Mohamed, Arkitek Penguasa Kanan, Bahagian Reka Bentuk Dan Fasiliti Keselamatan, Cawangan Arkitek yang telah bersara pilihan dari perkhidmatan awam bermula pada 1 Jun 2017, di atas sumbangan dan komitmen besar beliau sepanjang menabur bakti di JKR Malaysia.

YBrs. Ar. Rosila binti Mohamed, telah mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 15 Mei 1986 di Cawangan Bangunan, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Sepanjang perkhidmatan beliau selama 31 tahun, beliau telah menabur bakti berkhidmat terutamanya bagi projek-projek kedutaan dan keselamatan, serta di pelbagai penempatan antaranya di Kementerian Luar Negeri dan Cawangan Kerja Bangunan Am.

Beliau juga telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya sepanjang perkhidmatan beliau di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah, di samping dapat terus menyumbang pengetahuan, kemahiran dan berkongsi pengalaman yang ada demi kepentingan masyarakat dan negara.