Date: Isnin, Disember 30, 2019

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Ir. Dr. ABDUL RAHMAN BIN MOHAMED TASIR, PENGARAH KEJURUTERAAN ICT (PAKAR), CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 3 Januari 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Elektrik di Cawangan Elektrik, Ibu Pejabat JKR pada 27 Ogos 1984. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1984 : Jurutera Elektrik,  Cawangan Kejuruteraan Elektrik, IP JKR
  2. Tahun 1984 - 1990 : Jurutera Elektrik, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Selangor
  3. Tahun 1990 - 1994 : Jurutera Elektrik, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, IP JKR
  4. Tahun 1994 - 1995 : MSc in Salford University, UK
  5. Tahun 1996 - 1998 : Jurutera Elektrik, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, IP JKR
  6. Tahun 1998 - 2000 : Jurutera Elektrik, Bahagian Teknologi Maklumat
  7. Tahun 2000 - 2005 : PhD in Salford University, UK
  8. Tahun 2005 - 2007 : Jurutera Elektrik Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, IP JKR
  9. Tahun 2008 - 2009 : Jurutera Elektrik Penguasa, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, IP JKR
  10. Tahun 2009 - 2018 : Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, IP JKR
  11. Tahun 2018 - 2020 : Pengarah Kejuruteraan ICT (Pakar), Cawangan Kejuruteraan Elektrik, IP JKR

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2011

b) Pengiktirafan Kelayakan Profesional dan Kekompetenan

  1. Professional Engineer with Practising Certificate

c) Sumbangan Dalam Tugas Rasmi

  1. Jawatankuasa Kerja Bagi National 5G Taskforce di SKMM
  2. Jawatankuasa Pemandu ICT JKR
  3. Jawatankuasa Teknikal ICT JKR
  4. Jawatankuasa Standard dan Spesifikasi CKE
  5. Jawatankuasa Operasi Enterprise Risk Management (ERM) CKE
  6. Jawatankuasa Penilaian Perunding (JPP) CKE

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan Ir. Dr. ABDUL RAHMAN BIN MOHAMED TASIR dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.