Inggeris

Sesi Auditan bermula pada 8 April 2013 di Bilik Mesyuarat Utama Tingkat 5, Blok F, Ibu Pejabat JKR dengan Mesyuarat Pembukaan Audit yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato' Seri Ir. Hj. Mohd Noor Bin Yaacob. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh ketiga-tiga Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pengurusan, Sektor Pakar, Sektor Bisnes), Pengarah Kanan/Pengarah Cawangan, Penyelaras SPK Cawangan dan pasukan pengiring cawangan.

Related Posts


Inggeris

Dimaklumkan bahawa Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) akan melakukan kerja-kerja menaik dan memasang “Tie Frame” dan “Working Plateform” di pier 24(Special Pier-Enlarged Crosshead) pada 11hb April 2013(Khamis), 12hb April 2013(Jumaat) dan 13hb April 2013(Sabtu). Berikutan daripada itu, pihak JKR akan melakukan penutupan laluan kedua-dua hala di bawah jejambat MRR2 dari Batu Caves ke Sg. Buloh bermula jam 11.00 malam hingga 7.00 pagi. Sila patuhi papan tanda yang disediakan.

Related Posts


Inggeris
Sistem Latihan JKR dengan Penambahbaikan telah siap dibangunkan bertujuan untuk memantau kehadiran kursus penjawat JKR selaras dengan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam : Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 yang menetapkan semua Penjawat Awam perlu mengikuti kursus sekurang-kurangnya 7 hari setahun.

Bagi tujuan tersebut, penambahbaikan juga dibuat di mana sistem ini boleh merekod program-program latihan lain (selain induk dan dalaman) seperti berikut :

Related Posts


Inggeris

Berikut adalah ucapan "Salam Perpisahan" daripada beliau:-

Y Bhg Dato' Seri, Dato' Dato', Datin Datin, Tuan tuan dan puan puan,

Assalammualaikum wm wbt dan salam sejahtera,
Hari ini 9/4/2013 adalah hari terakhir saya berkhidmat sebagai pegawai Kerajaan dan sebagai Pengarah CKJG. Esok saya akan mula bersara setelah 34 tahun bersama sama dengan JKR.

Dengan itu saya ingin merakam setinggi tinggi penghargaan serta ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang telah bekerjasama sepanjang saya melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Related Posts


Inggeris

JKR Bahagian Latihan dan Penyelidikan akan menjalankan penyelidikan dan pembangunan turbin hydrokinetic sumber tenaga baru bagi menjana tenaga elektrik melalui ekstraksi tenaga kinetic arus deras sungai. Projek ini yang merupakan projek hidrokinetik yang pertama dalam dunia  melibatkan penyelidikan dari peringkat penjanaan idea, pembinaan prototaip makmal dan kejuruteraan dan seterusnya dilancarkan ditapak di Sungai Rajang, Sarawak secara projek perintis. Projek ini akan dilaksanakan secara kerjasama diantara JKR dan UTM melibatkan bidang kejuruteraan Elektrik, Mekanikal dan Sivil.

Related Posts


Inggeris

Replika Kunci Tanda Penyerahan Projek Masjid Serting Tengah Jempol kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan oleh Pengarah JKR Negeri Sembilan

Related Posts


Inggeris

Pasukan Audit SIRIM yang diketuai oleh Tuan Syed Faddly Bin Syed Bahrudin, dengan dibantu oleh En. Heeza Izwan Bin Mohd Hasnan, En. Mohd Farid Bin Mohd Zaid dan Cik Nur Ruzaini Binti Abd Razak, akan melaksanakan audit di pejabat-pejabat cawangan JKR dan tapak bina yang terpilih bermula pada hari Isnin 8 April 2013 sehingga Jumaat 12 April 2013.

Sehubungan dengan itu, dipohon seluruh warga JKR bersedia dan memastikan pelaksanaan dan pengiktirafan pensijilan MS ISO 9001:2008 bagi peringkat Ibu Pejabat JKR Malaysia dapat diteruskan dengan jayanya.

Related Posts


Inggeris

Dimaklumkan bahawa Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) akan melakukan kerja-kerja membuka dan menurunkan “Tie Frame” dan “Working Plateform” di pier 21 pada 5hb April 2013(Jumaat). Berikutan daripada itu, pihak JKR akan melakukan penutupan laluan kedua-dua hala di bawah jejambat MRR2 dari Batu Caves ke Sg. Buloh bermula jam 11.00 malam hingga 7.00 pagi. Sila patuhi papan tanda yang disediakan.

Related Posts


Inggeris

YBhg. Dato’ Ir. Hj. Mohamad bin Husin mula berkhidmat di JKR pada 2 Ogos 1977 dan pada tahun 2013 ini genaplah perkhidmatan beliau selama 36 tahun di JKR.

Related Posts


Inggeris

Majlis penyerahan projek UiTM CAWANGAN TERENGGANU KAMPUS BUKIT BESI telah diadakan dengan jayanya pada tanggal 27 Mac 2013  (Selasa). Majlis penyerahan tersebut disempurnakan oleh Tn. Hj. Shafii Bin Mohamad  (Pengarah JKR Terengganu) yang mewakili pihak JKR kepada Prof. Sr. Ir. Dr. Hj. Suhaimi Abd. Talib (Penolong Naib Canselor UiTM) yang mewakili pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Related Posts


Halaman-halaman