Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Tuan Ir. Syed Abdullah bin Syed Abd Rahman, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal yang menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 10 Januari 2016. Beliau telah mula berkhidmat sebagai Jurutera Jentera di JKR Negeri Pahang pada 1 Ogos 1980.Selama lebih daripada 36 tahun berkhidmat, beliau telah memegang beberapa jawatan Pengarah antaranya, Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan (25 Jan 2007 - 12 Jun 2008), Pengarah Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan,Cawangan Senggara (13 Jun 2008 - 11 Julai 2010), Pengarah Bahagian Pembangunan Kepakaran, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (12 Julai 2010 - 5 Disember 2011) dan Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal.
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amya.Diharapkan agar beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.
Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.
- 1360 bacaan