Date: Sabtu, March 5, 2016

Berkuatkuasa 01hb Mac 2016 Kerajaan telah mengeluarkan Garis Panduan Langkah-Langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan. Garis Panduan ini bertujuan memastikan semua Ketua Setiausaha Kementerian/ Ketua Jabatan/ Ketua Badan Berkanun/ Ketua Eksekutif Syarikat Terhad Dengan Jaminan (CLBG) dan Ketua Agensi-agensi lain yang menerima peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan langkah-langkah mengoptimumkan perbelanjaan Kerajaan.

Bagi memastikan sasaran fiskal yang ditetapkan dapat dicapai, maka langkah mengoptimumkan perbelanjaan Kerajaan dilaksanakan secara menyeluruh agar sumber dapat diurus dengan lebih cekap dan berkesan. Ini selaras dengan ucapan YAB Perdana Menteri mengenai Pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Januari 2016.

Semua ketua Bahagian, Cawangan, Pengarah Negeri,dan Jurutera Daerah diarah memastikan bahawa Garis Panduan ini dipatuhi selaras dengan Garis Panduan (link is external) ini.