Date: Jumaat, April 1, 2016
Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Dasar Pengurusan Risiko Jabatan Kerja Raya Malaysia telah dikemaskini dan ditambahbaik. Antara pindaan yang telah dilakukan termasuk penggubalan struktur tadbir urus pengurusan risiko JKR Malaysia serta pertukaran nama rasmi cawangan atau bahagian yang berkenaan.
 
Bersama-sama ini dilampirkan sesalinan Dasar Pengurusan Risiko Jabatan Kerja Raya Malaysia Versi 2.0 (link is external)Mac 2016 yang telah lengkap dikemaskini untuk perhatian Y. Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan.
 
Sumber :
Bahagian Pengurusan Perubahan dan Prestasi
Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Kuala Lumpur