Date: Jumaat, April 8, 2016
 
Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Sr Siti Baizura Mohamad Noor yang bertugas di Bahagian Audit dan Integriti (BAI), Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) serta Ir. Dr. Hannerita Mohamad Zainal yang bertugas  di Bahagian Penyelarasan dan Khidmat Sokongan (BPKS), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) di atas Pentauliahan  mereka sebagai Pegawai Integriti Bertauliah (Certified Integrity Officer (CeIO)). 
 
Majlis Konvokesyen ini telah berlangsung pada 7 April 2016 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan disempurnakan oleh Tan Sri Mohamad Zabidi bin Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
 
Program Pegawai Integriti Bertauliah merupakan antara program utama yang disediakan oleh Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bertujuan melahirkan Pegawai Integriti Bertauliah bagi organisasi awam dan swasta. Pegawai Integriti Bertauliah dilatih untuk memantau jabatan/agensi di mana mereka ditempatkan dan melihat sama ada wujudnya risiko berlakunya rasuah dan mengesan kewujudan gejala yang tidak diingini. 
 
Semoga dengan pentauliahan mereka ini dapat mengukuhkan integriti  JKR iaitu memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam JKR serta mengesan dan mengesahkan aduan salah laku  rasuah dan penyelewengan  kakitangan JKR dan menasihati pihak pengurusan JKR dalam aspek integriti.