Date: Jumaat, Ogos 12, 2016

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti kepadaYBhg Dato' Abdul Rahim bin Ahmad, Pengarah Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan dan En.Abu Hassan bin Yusof, Ketua Penolong Pengarah Kanan di Kementerian Pendidikan Tinggi yang akan bersara sebagai penjawat awam pada 14 Ogos 2016.

YBhg Dato' Abdul Rahim bin Ahmad telah mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada tahun 1980. Sepanjang perkhidmatan beliau selama 36 tahun, beliau telah berkhidmat di beberapa tempat, antaranya JKR Woksyop Negeri Sembilan, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Ibu Pejabat, JKR Putrajaya, Universiti Malaysia Sabah, dan Cawangan Arkitek.

Manakala En Abu Hassan bin Yusof telah mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada tahun 1980 di JKR Pahang. Antara tempat beliau pernah berkhidmat sepanjang tempoh perkhidmatan selama 36 tahun adalah di JKR Jerantut, Unit JKR Ketengah, JKR Kuala Kangsar dan penempatan terakhir adalah di Cawangan Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi. 

Mereka telah mencurahkan, jasa dan bakti yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amya sepanjang mereka berkhidmat di jabatan ini. Selamat maju jaya dan sentiasa dirahmati Allah Taala hendaknya.