Date: Rabu, Disember 7, 2016

Mesyuarat Juruukur Bahan JKR Malaysia 2016 anjuran Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan (CKUB) telah diadakan dengan jayanya pada 15 hingga 16 November 2016 di Dewan Teater, Wisma Darul Iman, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.
Mesyuarat yang julung kali diadakan ini, bertujuan untuk
a. Menyampaikan misi dan visi pengurusan atasan JKR dalam sistem penyampaian
b. Membincangkan isu-isu ke arah meningkatkan perkhidmatan ukur bahan JKR
c. Mengenalpasti kaedah sistem penyampaian yang lebih efektif
d. Mengenalpasti permasalahan perkhidmatan ukur bahan dari pelbagai agensi
e. Menyediakan platform bagi menyampaikan cadangan penambahbaikan terhadap perkhidmatan ukur bahan JKR
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengarah Kanan CKUB iaitu Sr Ratna Hj Mahyuddin seterusnya Ucapan Perasmian Mesyuarat Juruukur Bahan JKR Malaysia 2016 oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBhg. Dato' Ir. Hj. Mohd Fazli B. Osman. Mesyuarat tersebut telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran Juruukur Bahan JKR Malaysia dari seluruh pelusuk negeri termasuk pegawai-pegawai kader.



Barisan Pengurusan Tertinggi Disiplin Ukur Bahan JKR Malaysia yang turut sama meluangkan masa menghadiri mesyuarat tersebut adalah :
• Sr. Ratna Hj Mahyuddin (Pengarah Kanan Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan/ Ketua Disiplin Ukur Bahan JKR Malaysia);
• Sr Abd. Shukor Bin Ibrahim (Pengarah Perkhidmatan Ukur Bahan I, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan);
• Sr Rozita Bt. Yahya (Pengarah Perkhidmatan Ukur Bahan II, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan );
• Sr Amran Bin Mohd. Majid (Pengarah Dasar dan Kontrak, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan ).
Mesyuarat pada hari pertama dimulakan dengan pembentangan kertas kerja yang bertajuk Pelan Strategik, Pelan Bisnes dan Pelan Transformasi oleh Dr Marina bt Musa dari CDPK, JKR Malaysia diikuti dengan pembentangan kertas kerja yang kedua oleh Sr Muhamad Rosdi bin Senam dari CDPK, JKR Malaysia bertajuk The Virtues of Islamic Leadership and Enhancing Project Management Practice

Mesyuarat pada hari kedua bersambung dengan sesi ‘bonding times’ bagi membina dan mengukuhkan ukhwah, merapatkan jurang antara pegawai lama dan baru, serta mengeratkan silaturrahim antara Juruukur Bahan di JKR dan Kader.
Semoga dengan segala program yang telah diadakan ini dapat mencapai objektif dan juga merapatkan hubungan antara Pengurusan dengan semua Juruukur Bahan dan seterusnya membina jalinan kerjsama yang erat dan mesra untuk semua Juruukur Bahan JKR Malaysia.
Selain daripada membina jalinan kerjasama yang erat, mesyuarat diteruskan lagi dengan Sesi Dialog yang bertujuan untuk menyampaikan hasrat dan keprihatinan Pengurusan Atasan CKUB terhadap pelbagai isu yang berkaitan dengan Juruukur Bahan JKR.
CKUB mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pegawai yang terlibat terutamanya JKR Negeri Terengganu dalam menjayakan mesyuarat ini demi kepentingan dan kecemerlangan Disiplin Ukur Bahan JKR Malaysia pada masa hadapan.
Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari dengan ucapan penutup oleh Pengerusi Jawatankuasa Mesyuarat, Sr Zulkifle Mohammad.



- 1060 bacaan