Date: Khamis, Januari 12, 2017
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya Malaysia dinasihat dan diperingatkan untuk menghindarkan diri daripada membuat sebarang komen-komen negatif dan tidak sepatutnya di laman media sosial berkaitan pemimpin-pemimpin negara, dasar dan polisi kerajaan dan perkara-perkara yang berkaitan.
 
Oleh yang demikian, Mana-mana warga JKR yang didapati benar membuat komen-komen sedemikian maka siasatan dan tindakan akan diambil mengikut prosedur sedia ada di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.