SEMINAR PENGURUSAN PROJEK JKR 2017 merupakan program anjuran Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Tema Seminar pada tahun ini adalah “Towards Excellent Project Delivery”. Tema ini dipilih untuk mewujudkan kesedaran amalan terbaik pengurusan projek. Antara tajuk pembentangan semasa seminar ini adalah pengurusan projek yang lebih berkesan melalui perancangan, pemantauan dan pengawalan projek. Selain itu, seminar ini juga akan menyentuh isu-isu pentadbiran kontrak, laporan / teguran-teguran serta pengurusan tapak bina yang lebih berkesan. Seminar ini akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 10 & 11 Oktober 2017 (Selasa & Rabu)
Masa : 8:00 pagi – 4:30 petang
Tempat : Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya
Sekiranya tuan/puan berminat untuk menyertai seminar ataupun terdapat sebarang pertanyaan berkaitan seminar, sila hubungi pegawai-pegawai berikut;
i) En. Mohd Nuzul Faiz bin Mohamed Fitri
Tel : 03-2618 7553, emel : (mohdnuzulfaiz [at] jkr.gov.my)
ii) Pn. Zuraida bt. Sedik
Tel : 03-2618 7409, emel : (Szuraida [at] jkr.gov.my)
Sila klik di sini untuk jadual seminar.
- 904 bacaan