Date: Khamis, September 7, 2017

Sukacita dimaklumkan YBrs. Ir. Zailan bin Ab. Rahman, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah diarahkan untuk menjalankan tugas Jawatan Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas-tugas hakiki berkuatkuasa pada 28 Ogos 2017 sehingga jawatan tersebut di isi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat-menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan dirujuk kepada beliau.