Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. EN. HISAM BIN ISMAIL, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN KERJA KESIHATAN yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 28 Ogos 2017. Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam pada 16 Ogos 1982 dan ditempatkan di JKR Pahang Tenggara sebagai Jurutera Kerja. Seterusnya beliau turut ditempatkan di beberapa JKR Daerah yang lain seperti JKR Daerah Kuala Krai, Kelantan, JKR Daerah Kubang Pasu, Kedah dan JKR Daerah Manjung, Perak sebelum dinaikkan pangkat sebagai Jurutera Awam Penguasa Kanan dan ditempatkan di Cawangan Kerja Kesihatan sehingga sekarang.
Sepanjang 35 tahun dalam perkhidmatan awam, beliau telah dikurniakan Darjah Ahli Setia Mahkota Kelantan (ASK) pada tahun 1996 dan Darjah Bintang Cemerlang Kedah (BCK) pada tahun 2002. Selain itu, beliau telah dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2013.
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.
Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.
- 755 bacaan