Date: Jumaat, Jun 2, 2017

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. En. Abdul Rahman bin Ambari, Arkitek Penguasa Kanan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu yang telah bersara pilihan dari perkhidmatan awam bermula pada 1 Jun 2017, di atas sumbangan dan komitmen besar beliau sepanjang menabur bakti di JKR Malaysia.

YBrs. En. Abdul Rahman bin Ambari, telah mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 01 April 1985 di JKR Negeri Pahang. Sepanjang perkhidmatan beliau selama 32 tahun, beliau telah menabur bakti berkhidmat terutamanya bagi projek Kedutaan Malaysia di Beijing, China, serta di pelbagai penempatan antaranya di Kementerian Luar Negeri, Cawangan Kerja Bangunan Am, Cawangan Pengurusan Korporat dan Cawangan Pengurusan Projek Kompleks.

Beliau juga telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya sepanjang perkhidmatan beliau di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah, disamping dapat terus menyumbang pengetahuan, kemahiran dan berkongsi pengalaman yang ada demi kepentingan masyarakat dan negara.