Setinggi-tinggi tahniah kepada Jabatan Kerja Raya Malaysia di atas pencapaian cemerlang bagi pengiktirafan lima bintang (99.20%) untuk Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS Tahun 2016 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
Program HRMIS User Group Summit (HUGS) 2017 telah berlangsung pada 8 Mei 2017 bertempat di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya dan anugerah telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato' Sri Zainal Rahim bin Seman.
JKR Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga JKR yang terlibat dan berharap dengan penglibatan dan sumbangan daripada semua pihak akan dapat mengekalkan pengiktirafan 5 bintang ini di masa akan datang.
- 766 bacaan