Date: Isnin, April 17, 2017
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Sr. Md Fauzi bin Md Rejab, Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Pendidikan JKR Malaysia yang telah bersara dari perkhidmatan awam bermula pada 16 April 2017, di atas sumbangan dan komitmen besar beliau sepanjang menabur bakti di JKR Malaysia.
 
Beliau telah mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada tahun 1980 di Cawangan Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Sepanjang perkhidmatan beliau selama 37 tahun, beliau telah menabur bakti diantaranya di JKR Pulau Pinang, JKR Kedah, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, dan Cawangan Pendidikan dan Pengajian Tinggi.
 
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya sepanjang perkhidmatan beliau di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah, di samping dapat terus menyumbang pengetahuan, kemahiran dan berkongsi pengalaman yang ada demi kepentingan masyarakat dan negara.