Date: Rabu, April 12, 2017

Ucapan setinggi tahniah kepada Jurutera Daerah Hilir Perak, En Abdul Rani bin Harun  di atas Pentauliahan  beliau sebagai Pegawai Integriti Bertauliah (Certified Integriti Officer (CeIO)).

Majlis Konvokesyen ini telah berlangsung pada 11 April 2017 bertempat di IIUM, Cresent oleh Dato’ Sri Zainal Rahim bin Seman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Turut hadir adalah Dato’ Sri Ir Dr Roslan bin Md Taha, KPKR.

Program Pegawai Integriti Bertauliah merupakan antara program utama disediakan oleh Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, bertujuan melahirkan pegawai integriti bertauliah bagi organisasi awam dan swasta. Pegawai Integriti Bertauliah dilatih untuk memantau jabatan/agensi dimana mereka ditempatkan dan melihat samada wujudnya risiko berlakunya rasuah dan mengesan kewujudan gejala yang tidak diingini ini.

Semoga dengan pentauliahan beliau ini dapat mengukuhkan integriti  JKR iaitu memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam JKR serta mengesan dan mengesahkan aduan salah laku  rasuah dan penyelewengan  kakitangan JKR dan menasihati pihak pengurusan JKR dalam aspek integriti.