Date: Isnin, April 3, 2017
Audit Pemantauan SIRIM 2017 Sistem Pengurusan Tenaga MS ISO 50001:2011 bagi Kompleks Ibu Pejabat JKR Malaysia yang telah berlangsung pada 22-23 Mac 2017 di Bilik Mesyuarat Utama Tingkat 5, Blok F. 
 
Sistem Pengurusan Tenaga ini dilaksanakan oleh Pasukan Pengurusan Tenaga IPJKR Malaysia yang terdiri daripada CASKT,CSFB,CKM,CKE,CA dan CDPK Ibu Pejabat JKR Malaysia. Objektif perlaksanaan pengurusan tenaga di bangunan  ini adalah untuk meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga elektrik secara berterusan dalam rekabentuk,operasi dan penyenggaraan.  Audit Pemantauan SIRIM 2017 yang berlangsung selama dua hari dirumuskan tanpa sebarang NCR atau OFI yang diterima. Syabas dan Tahniah diucapkan 
 
Cawangan Alam Sekitar & Kecekapan Tenaga  mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Pasukan Pengurusan Tenaga, Wakil Tingkat dan Seluruh Warga Kompleks Ibu Pejabat JKR Malaysia yang terlibat secara langsung dalam Audit Pemantauan SIRIM 2017 ini.