Date: Rabu, March 29, 2017
28 MAC 2017 (SELASA) - Bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-11, Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (PROJKRM) telah mengadakan Program ’Chit Chat’ Ketua Pengarah Kerja Raya Bersama Pegawai Profesional Muda JKR Malaysia bertempat di Dewan Tan Sri Mahfuz Khalid Kementerian Kerja Raya. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada semua pegawai profesional JKR terutamanya golongan muda (berumur 45 tahun ke bawah) untuk memberi pandangan terus kepada YBhg. Dato’ Sri KPKR dalam merangka hala tuju jabatan pada masa hadapan. 
 
Topik yang dikupas dalam sesi perbincangan intelektual ini adalah TN50 – ’Aspirasi & Hala Tuju Jabatan Kerja Raya’. Kehadiran peserta adalah seramai 230 orang dan sesi perbincangan diadakan selama dua jam lebih bermula jam 9.00 pagi. YBhg. Dato’ Sri KPKR berkongsi mengenai TN50 secara ringkas tetapi padat dan mengaitkan TN50 dengan aspirasi dan hala tuju Jabatan Kerja Raya. Antara Intipati pada permulaan sesi ini adalah KPKR memberitahu mengenai ’Era Pembangunan Negara’ yang meliputi Dasar Ekonomi Baru (1971 – 1990), Wawasan 2020 (1991 – 2020), dan Transformasi Nasional 2050 (2021 – 2050).
 
Dalam TN50, kerajaan menekankan kepada lima perkara iaitu; Masyarakat, Alam Sekitar, Ekonomi, Urus Tadbir, dan Teknologi. YBhg. Dato’ Sri KPKR menyatakan kita wajib meletakkan sasaran ”Key Performance Indicators” bagi mengukur pencapaian yang telah diperoleh. Tambahnya lagi, TN50 merupakan perubahan atau transformasi dalam bentuk pembelajaran, pengajian, dan persekitaran. Perubahan dapat dicapai jika nilai murni yang baik disematkan dalam penjawat awam dan nilai murni ini boleh dipelajari daripada negara Jepun atau Kemboja contohnya. Sebagaimana mereka ini meletakkan tahap toleransi yang tinggi; contohnya ketika waktu azan mereka memberhentikan segala aktiviti bagi menghormati azan tersebut. Selain itu, integriti dalam pentadbiran perlu dipertingkatkan dan semestinya JKR wajib Day-to-Day upgrade their work.
 
Seterusnya YBhg. Dato’ Sri KPKR berkongsi mengenai Aspirasi & Hala Tuju JKR untuk masa hadapan. JKR adalah agen perubahan negara. Oleh itu, setiap penjawat dalam JKR  perlukan memaksimumkan segala penggunaan ilmu dan teknologi dengan kreatif dan inovasi. Bersatu hati dan kerja berpasukan juga perlu menjadi budaya warga JKR. Paling penting, semua pihak tidak berkira dalam melakukan pekerjaan dan menganggap segala kerja dan tugasan yang diberikan sebagai Ibadah. JKR mempunyai pelbagai kaedah dan teknik dalam pembinaan, antaranya ialah BIM, IBS, SLM Machine (robotic) di Rawang bypass, Layered development. Ini adalah cara bagaimana kita maju ke hadapan seperti mana projek Ecocity yang mempunyai bangunan bertingkat-tingkat dan dalamnya terdapat taman, pusat membeli-belah dan sebagainya. 
 
Halatuju JKR dalam dua tahun akan datang ialah untuk membawa kembali imej JKR serta membina kerja secara berpasukan. Tambah beliau, kita perlu membuktikan kecekapan diri sendiri agar terlihat oleh pihak lain, dan perlu bersaing secara sihat dalam bekerja. Dato’ Sri KPKR juga membuka ruang soal jawab (Q&A) bagi mengetahui pandangan dan persoalan daripada pegawai profesional muda JKR. Usai sesi Q&A, program diteruskan dengan acara penyampaian award, 2016 PCI Design Awards, kategori Best International Transportation Structure; ”Construction of 100M Single Span Batu 6, Gerik Ultra-High-Performance Concrete (UPHC) Bridge daripada Adj.A/Prof.Ir.Dr.Voo Yen Lei, CEO Dura Technology Sdn. Bhd kepada YBhg. Dato’ Sri KPKR. Program berakhir dengan sesi fotografi beramai-ramai.