Date: Rabu, March 15, 2017
Sukacita dimaklumkan YBhg.Dato' Dr. Meor Abdul Aziz bin Hj. Osman, Pengarah Kanan Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah diarahkan untuk menjalankan tugas Jawatan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas-tugas hakiki berkuatkuasa pada 10 Mac 2017 sehingga jawatan tersebut di isi secara hakiki.
Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat-menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) dirujuk kepada beliau.
- 721 bacaan