Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ir. Sheikh Ismail Bin Sheikh Salleh, Jurutera Awam Penguasa Kanan di Bahagian Pengurusan Perubahan Dan Prestasi, Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 22 Februari 2018.
Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam pada 2 Jun 1988 dan penempatan pertama beliau adalah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sepanjang 30 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;
1) Tahun 1988 – 1998 : Jurutera Awam, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
2) Tahun 1998 – 2004 : Jurutera Awam, Unit Penyelarasan Pelaksanaan ICU, Jabatan Perdana Menteri
3) Tahun 2004 – 2008 : Pengolong Pengarah Kanan, Unit Projek Khas, Cawangan Jalan
4) Tahun 2008 – 2012 : Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Pendidikan Dan Pengajian Tinggi
5) Tahun 2012 – 2015 : Jurutera Daerah, JKR Daerah Klang, Selangor
6) Tahun 2015 – 2016 : Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan
7) Tahun 2016 – 2018 : Bahagian Pengurusan Perubahan Dan Prestasi, Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat
Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;
a) Kurniaan
1) Darjah Kebesarah Ahli Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.J.S) Selangor – Tahun 2014
b) Anugerah
1) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2002
2) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2007
3) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2016
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.
Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.
- 1788 bacaan