Date: Rabu, April 4, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ir. Leow Choon Heng, Jurutera Awam Penguasa Kanan di Bahagian Rekabentuk Jalan Zon Selatan, Cawangan Jalan yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 05 April 2018.

Beliau mula berkhidmat sebagai Pembantu Teknik di Cawangan Rekabentuk dan Penyelidikan, Ibu Pejabat JKR pada tahun 1979 dan dilantik sebagai Jurutera Awam pada tahun 1985 dan penempatan beliau adalah di Unit Jambatan, Cawangan Jalan.  Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1) Tahun 1979 – 1983        : Pembantu Teknik, Cawangan Rekabentuk dan Penyelidikan, IPJKR
2) Tahun 1985 – 2003        : Penolong Pengarah, Unit Jambatan, Cawangan Jalan
3) Tahun 2003 – 2008        : Penolong Pengarah Kanan, Unit Senggara Jalan, Cawangan Jalan
4) Tahun 2008 – 2015        : Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan
5) Tahun 2015 – 2018       : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Rekabentuk Jalan Zon Selatan, Cawangan Jalan

Beliau mendapat pendidikan di;

1) Ijazah Sarjana Muda, BSc. in Civil Engineering di University of Miami, Coral Gables, Florida, USA pada tahun 1985.
2) Ijazah Sarjana Sarjana, MSc (with Distinction) in Concrete Technology, Construction and Management di University of Dundee, Scotland pada tahun 1997.

Anatar kelayakan profesional beliau adalah;

1) Jurutera Profesional Dengan Perakuan Amalan (Professional Engineer With Practising Certificate) (Registration No : C17896)(Civil)
2) Fellow Instituition of Engineers Malaysia (FIEM) Membership No: 14651                       

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Kurniaan

1) Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S.) - Tahun 2009

b) Anugerah

1) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2001
2) Presidental Award of Excellence from the Civil and Structural Engineering Technical Division, The Instituition of Engineers, Malaysia 2001
3) Sijil penghargaan KPKR bagi Pasukan Projek Kerja Pembaikan Jejambat Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Kepong tahun 2006 - 2008
4) Anugerah Pencapaian Istimewa JKR 2009 bagi Kategori Individu
5) Anugerah Pencapaian Istimewa JKR 2009 bagi Kategori Penerima Darjah Kebesaran dan Pingat
6) Anugerah Pencapaian Istimewa JKR 2010 bagi Kategori Individu
7) Anugerah Pencapaian Istimewa JKR 2010 bagi Kategori Pembentang Kertas Kerja/ Penerbitan Buku/ Jurnal Jabatan Kerja Raya Malaysia

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.