Date: Khamis, Mei 24, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. HJ. ZULKEFLY BIN HJ IDRIS, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, UNIT PROJEK KHAS ZON SELATAN 2, CAWANGAN JALAN, IBU PEJABAT JKR yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 26 Mei 2018.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam pada 1 Ogos 1981 dan penempatan pertama beliau adalah di JKR Daerah Muar, Johor. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1) Tahun 1981 - 1984     : Jurutera Awam, JKR Daerah Muar, Johor
2)Tahun 1984 – 1989    : Jurutera Awam, JKR Daerah Segamat, Johor
3) Tahun 1989 – 1993    :Jurutera Awam, Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan 
4) Tahun 1993 - 1996    : Jurutera Awam, Bahagian Perancang Jalan, Kementerian Kerja Raya
5) Tahun 1996 - 1997    : Jurutera Awam, JKR Daerah Pontian, Johor 
6) Tahun 1998 – 1999    : Jurutera Awam, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur 
7) Tahun 1999 – 2000    : Jurutera Awam di Projek Matrikulasi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
8) Tahun 2000 – 2007    : Jurutera Awam Kanan, JKR Negeri Sembilan
9) Tahun 2007 - 2018    : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Kurniaan
1) Pingat Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS)

b) Anugerah
1) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2017

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.