Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Setiausaha Negara telah meluluskan penempatan semula YBrs. Ir. Kamaluddin bin Abd. Rashid sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Pakar) Gred Utama A (Memangku) mulai 6 Julai 2018. Watikah pelantikan telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya pada 5 Julai 2018.
Seluruh warga JKR mengucapkan tahniah di atas kenaikan pangkat tersebut. Sesungguhnya dengan pelantikan ini pastinya menjadi pendorong untuk meningkatkan lagi perkhidmatan selain memastikan matlamat dan agenda pembangunan negara yang menjadi tanggungjawab jabatan dapat dilaksanakan secara efektif dan efisien.
Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat-menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Pakar) dirujuk kepada beliau.
- 2493 bacaan