Date: Jumaat, Ogos 3, 2018

Technical Executive Talk (TExT-2): Traffic Management at Work Zones “Meeting Mobility & Safety Needs” telah berlangsung pada 31 Julai 2018 bertempat di Bilik Tanjung, Kementerian Kerja Raya (KKR), Kuala Lumpur. Program TExT-2 ini telah dirasmikan oleh tetamu kehormat YBhg. Dato' Ir. Dr. Meor Aziz bin Hj. Osman - Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) dan dihadiri oleh YBrs. Ir Hj Zulakmal Bin Hj Sufian – Pengarah Kanan Cawangan Jalan, barisan Pengarah-pengarah di bawah sektor infra, pegawai-pegawai JKR di daerah serta negeri.

Program yang dikendalikan oleh Cawangan Jalan, ini merupakan kesinambungan daripada Seminar on Traffic Management at Work Zones “Meeting Mobility & Safety Needs” yang telah diadakan oleh pada 6 sehingga 7 Mac 2018 yang lalu. Program Text-2 ini adalah platform untuk mewujudkan kesedaran di samping perkongsian maklumat dan pengalaman berkaitan Pelan Pengurusan Trafik di kawasan kerja pembinaan dan penyenggaraan jalanraya kepada warga Jabatan di bawah sektor infra termasuk JKR Negeri dan Daerah. Antara kertas pembentangan yang dibentangkan adalah:

  1. Begin With The End In Mind – Ir Mohd Shahrom Bin Ahmad Saman (Cawangan Jalan)
  2. Designing Traffic Control Plan (TCP) for Implementation of Traffic Management at Work Zone (TMWZ) – Ir Razhiah Binti Wahab (Cawangan Jalan)
  3. Strategies for Effective Implementation of TMP – Ir Hj Mohamed Shafii Bin Mustafa (MSM Consultancy)
  4. The Specification of Devices At Work Zones – Ir Hj Wan Abdul Rahman Bin Wan Hassan (Cawangan Jalan)
  5. TMP Implementation During Construction, SO Perspective (Case Study) – Ir Hj Othman Bin Ibrahim (Cawangan Jalan)
  6. Traffic Management Plan: Procurement & Contractual Issues – Sr. Hamidi Bin Naimudin (Cawangan Jalan)

Program seperti ini adalah amat baik kepada warga JKR yang terlibat dengan industri jalan raya untuk berkumpul dan berforum supaya dapat memberikan perspektif ke arah usaha-usaha memperkasa, mengukuh dan meningkatkan mutu pengurusan trafik terutamanya keselamatan pengguna jalan raya serta pekerja di tapak bagi projek-projek infra.

Akhir kata, semoga program ini akan terus menjadi penyuntik semangat kepada semua pemain industri dalam memastikan pelaksanaan yang mantap serta komited dalam memberi penekanan dalam pengurusan trafik bagi pembinaan dan penyenggaraan jalan raya di Malaysia.