Date: Isnin, Oktober 1, 2018

Hari pertama Inovasi JKR 2018 (HIJ 2018) dimulakan dengan Program Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang diadakan di Hotel Grand Renai, Kota Bharu.

Program yang diadakan secara tertutup tersebut telah disertai oleh sepuluh (10) kumpulan yang telah melepasi sesi saringan yang diadakan pada 17 – 18 Julai 2018 bertempat di JKR Negeri Melaka.

Kumpulan yang telah terpilih untuk menyertai peringkat akhir Konvensyen KIK JKR Malaysia 2018 adalah seperti berikut:

Kategori Teknikal


Kategori Pengurusan


Turut berlangsung pameran inovasi dan industri yang disertai oleh warga JKR dan para pempamer luar. Program akan bersambung esok dengan Majlis Perasmian dan Penutup Hari Inovasi JKR Malaysia 2018 (HIJ 2018) yang akan disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Kerja Raya.