MESYUARAT KETUA DISIPLIN ARKITEK BERSAMA KUMPULAN PELAKSANA KANAN DISIPLIN SENI BINA JKR MALAYSIA 2018
Pada 12 Oktober 2018, Cawangan Arkitek selaku Urusetia Induk telah menganjurkan Mesyuarat Ketua Disiplin Arkitek Bersama Kumpulan Pelaksana Kanan Disiplin Seni Bina JKR Malaysia 2018 di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur. Ucapan pembukaan mesyuarat tersebut telah disampaikan oleh Y.Bhg. Datin Ar. Mariani Noor Bt. Suhud, Ketua Disiplin Arkitek JKR Malaysia.
Mesyuarat telah dihadiri oleh 90 orang Pegawai Pengurusan Atasan Disiplin Arkitek, Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA38/JA36 dan Pelukis Pelan Seni Bina Gred JA26/JA22 dari JKR Ibu Pejabat, JKR Negeri dan Kader. Objektif mesyuarat ini adalah sebagai forum percambahan fikiran dan perkongsian pengetahuan, serta merapatkan silaturrahim di kalangan semua warga Kumpulan Pelaksana Disiplin Seni Bina JKR seluruh Malaysia dengan Pengurusan Atasan Disiplin Arkitek JKR Malaysia.
Di antara agenda utama mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:
1. Pencapaian Resolusi Mesyuarat Pelaksana Kanan Disiplin Seni Bina 2014
oleh Puan Nor Sadilah Bt. Sadikun, Arkitek Penguasa, Unit Pembangunan Modal Insan & Dasar, BPKS, Cawangan Arkitek
2. Pembentangan Penemuan Kaji Selidik Penambahbaikan Cawangan Arkitek
oleh Puan Nor Sadilah Bt. Sadikun, Arkitek Penguasa, Unit Pembangunan Modal Insan & Dasar, BPKS, Cawangan Arkitek
3. Pembentangan Modul Silibus Kumpulan Pelaksana Seni Bina JKR Malaysia
oleh Puan Wan Norhayati Bt. Wan Abdul Ghani, Arkitek Kanan, Unit Kompetensi & Latihan, BPKS, Cawangan Arkitek
4. Sesi Mesyuarat Bersama Ketua Disiplin Arkitek JKR Malaysia 2018
Pihak Urusetia mengucapkan ucapan penghargaan kepada semua Urusetia yang terlibat dan para Pelaksana Kanan Disiplin Seni Bina JKR Malaysia yang telah menghadiri serta menjayakan mesyuarat ini demi kepentingan dan kecemerlangan Disiplin Seni Bina JKR pada masa hadapan.
- 1550 bacaan