Sukacita pejabat dimaklumkan bahawa Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR akan menganjurkan Konvensyen Elektrik JKR Malaysia Tahun 2018 pada 30 hingga 31 Oktober 2018 bertempat di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Antara pengisian program pada konvensyen ini adalah seperti berikut :
Program : Pameran Booth Produk/ Bahan Teknikal
Tarikh : 30 & 31 Oktober 2018 (Selasa & Rabu)
Masa : 9.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Lobi Istana Budaya
Program : Technical Talk (1 CPD Point setiap sesi)
Tarikh : 30 Oktober 2018 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Lambang Sari, Istana Budaya
Program : Taklimat Khas Berkenaan Green Technology dan Cabang Kerjaya Elektrik di JKR untuk Pelajar
Tarikh : 31 Oktober 2018 (Rabu)
Masa : 9.30 pagi, 11.00 pagi dan 2.30 petang
Tempat : Lobi Istana Budaya
Sehubungan dengan itu, pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput untuk menghadiri konvensyen tersebut. Masuk adalah percuma. Untuk pengesahan kehadiran, dipohon pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk mengisi borang pengesahan di pautan berikut:-
https://form.jotform.me/82953880184467 (link is external)
Sebarang pertanyaan lanjut dan pengesahan kehadiran boleh hubungi pegawai berikut :
i. Mohd Hairuddin Bin Hamdan
No. Telefon : 03-26189839 @ 0176324107
Emel : hairuddin.hamdan [at] jkr.gov.my (link is external)
ii. Nor Hidayah Binti Mohd Yusof
No. Telefon : 03-26189909 @ 0137289144
Emel : hidayahy [at] jkr.gov.my (link is external)
- 1702 bacaan