Majlis Penyerahan Watikah Pengiktirafan Kepakaran dan Pemangkuan kepada Pegawai Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert – SME) Jabatan Kerja Raya telah diadakan pada hari Jumaat, 4 Januari 2019 bertempat di Aras 33, Blok G, Menara Kerja Raya.
Penyerahan Watikah tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya dan diiringi oleh YBrs. Ir. Kamaluddin bin Hj. Abdul Rashid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) serta YBrs. Puan Mastura binti Shaari, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat.
Seramai 13 orang pegawai telah diiktiraf sebagai Pegawai Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert – SME) berperanan untuk memberikan khidmat pakar dan menjadi sumber rujukan dalam dan luar organisasi mengikut bidang kepakaran masing-masing.
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua Pegawai Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert – SME) JKR di atas pengiktirafan yang diterima. Seluruh warga JKR turut berbangga dengan pengiktirafan ini. Semoga JKR akan dapat melahirkan lebih ramai pakar dalam menghadapi cabaran globalisasi, liberalisasi dan ledakan teknologi.
- 2410 bacaan