Majlis Penyerahan PROJEK IBU PEJABAT JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA telah disempurnakan pada 23 Januari 2019 (Rabu), bertempat di Jalan Rancha-Rancha, Wilayah Persekutuan Labuan.
Majlis Penyerahan projek ini telah dihadiri oleh YBrs. Ar. Zairul Azidin Bin Badri, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) dan disempurnakan oleh YBrs. Ir. Alfred Sim Seck Puan, Pengarah Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Labuan kepada Yang Setia Penguasa Kanan Bomba Satu Tn. Jainal @ Zainal Bin Madasin Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malayisa, Wilayah Persekutuan Labuan.
Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Ir. Hj. Hanan Bin Hj. Elias, Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan selaku HOPT, Yang Setia Penguasa Kanan Bomba Satu,Tn. Rozihan Anwar Bin Mamat selaku wakil Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Putrajaya serta Pegawai-Pegawai Kanan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pegawai-Pegawai Kanan dari Jabatan Kerja Raya Malaysia, Pegawai dari Jabatan Kerja Raya Labuan dan juga pihak kontraktor, kontraktor-kontraktor dinamakan dan perunding-perunding.
Dalam ucapan YBrs. Ar. Zairul Azidin Bin Badri, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), beliau menyatakan bahawa projek ini merupakan salah satu pelaksanaan projek sokongan Oil & Gas di Wilayah Persekutuan Labuan yang telah diamanahkan kepada JKR untuk dilaksanakan. Beliau berharap agar dengan penyerahan ini, keperluan semasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan dapat dipenuhi dan dapat memberikan manfaat kepada kawasan sekitar yang dikelilingi oleh perindustrian dan perumahan.
Skop projek utama bagi projek ini yang terlibat adalah seperti berikut:
- Ibu Pejabat (4 Tingkat Bangunan)
- Balai Bomba (Setingkat)
- Dewan Serbaguna (Setingkat).
- Kej. Jentera & Bengkel (Setingkat)
- Stor Logistik (Setingkat)
- Pondok Pengawal (Setingkat)
- Substation (Setingkat)
- Rumah Pam (Setingkat)
- Rumah Sampah (Setingkat)
- Kerja Mekanikal
- Kerja Elektrik
- Kerja-Kerja Sekitar Bangunan
Projek ini berjaya diserah kepada pihak pelanggan secara 4 dalam 1 iaitu:
- Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) telah diperakukan pada 11 Januari 2019;
- Penyiapan Penyata Perakuan Muktamad Projek (SOFA); dan
- Penyiapan As Built Drawing dan Operation & Maintenance Manual
- Penjimatan sebanyak RM 1.5 juta
Pihak pelanggan amat berpuas hati dengan kualiti pembinaan bagi projek ini dan berharap agar kerjasama baik di antara JKR dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dapat diteruskan bukan sahaja semasa tempoh tanggungan kecacatan untuk projek ini tetapi juga untuk projek-projek pmbinaan yang akan datang.
SETINGGI-TINGGI TAHNIAH diucapkan kepada Cawangan Kerja Keselamatan sebagai HOPT dan HODT-HODT IPJKR serta JKR Labuan dalam memastikan mutu rekabentuk dan pembinaan yang tinggi. Tahniah juga kepada Kontraktor Utama, kontraktor-kontraktor dinamakan dan perunding-perunding yang turut menyumbang kepada kejayaan menyiapkan projek secara 4 Dalam 1. Syabas!
- 1609 bacaan