Date: Jumaat, Februari 8, 2019

Unit Building Information Modeling (BIM), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Jabatan Kerja Raya telah menerbitkan sebuah risalah berkenaan pengenalan kepada Building Information Modeling yang bertajuk BIM 101 – A Concise Introduction To Building Information Modeling.

Risalah ini menerangkan definisi BIM dalam konsep pelaksanaan projek di JKR serta mengandungi istilah dan terminologi BIM. Keupayaan penyampaian BIM atau BIM Deliverables bagi Model disiplin Arkitek, Sivil, Struktur, Mekanikal dan Elektrik diterangkan dengan lebih terperinci dan integrasi multidisiplin melalui Model Koordinasi yang berupaya menghasilkan visualisasi susun atur reka bentuk yang lebih jelas.

Muat turun risalah ini sekarang di Portal Web JKR Malaysia !