Date: Jumaat, Jun 21, 2019

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBHG. DATO’ IR. DR. CHE HASSANDI BIN ABDULLAH, PENGARAH KANAN, PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI (CREATE) JABATAN KERJA RAYA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 25 Jun 2019.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam di Cawangan Air pada 9 Ogos 1982. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;
 

1) Tahun 1982 - 1983         : Jurutera Awam, Cawangan Air, JKR Kelantan

2) Tahun 1983 – 1992        : Jurutera Awam, Bahagian Jalan, JKR Kelantan

3) Tahun 1992 – 1995        : Jurutera Awam, Cawangan Latihan Pengurusan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

4) Tahun 1995 – 1997        : Jurutera Awam, Unit Teknikal, Cawangan Jalan, JKR KLIA

5) Tahun 1997 – 1998        : Jurutera Awam Kanan, Unit Teknikal, Cawangan Jalan, JKR KLIA

6) Tahun 1998 – 2000        : Jurutera Awam Kanan, JKR Johor

7) Tahun 2000 – 2006        : Jurutera Awam Kanan, Cawangan Perancangan dan Perkhidmatan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia

8) Tahun 2006 – 2007        : Jurutera Awam Penguasa, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia

9) Tahun 2007 – 2011        : Jurutera Awam Penguasa dan Jurutera Penguasa Kanan, Cawangan Cerun, Ibu Pejabat JKR Malaysia

10) Tahun 2011 – 2014      : Pengarah, Cawangan Cerun, Ibu Pejabat JKR Malaysia

11) Tahun 2014 – 2019      : Pengarah Kanan, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi (CREaTE) Jabatan Kerja Raya


Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;
 

a) Anugerah dan Pengiktirafan
1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC); Tahun 1998 dan 2010
2. Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat Persekutuan SPB yang di Pertuan Agong – Johan Setia Mahkota (J.S.M)
3. Istiadat Pengurniaan khormatan kebesaran negeri kelantan yang membawa gelaran dato’ – Dato’ Paduka Mahkota Kelantan (D.P.M.K)

b)  Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;
1. Jurutera Profesional dengan Perakuan Amalan, Lembaga Jurutera Malaysia

c)  Lain-lain kelayakan kekompetenan seperti berikut;
1. Level 4 – Pensijilan Kejuruteraan Cerun dan Kejuruteraan Awam

d) Sumbangan dan Kegiatan Tugas Rasmi
1. Publication Committee Member - Board of Engineering of Malaysia (BEM)
2. Ahli Jawatankuasa CITP- Initiative Working Group (IWG) 
3. Pengerusi Technical Working Group (TWG) on Landslide
4. Ahli Lembaga Penasihat Fakulti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
5. Jawatankuasa Penyiasatan Bebas bagi Kajian Kemungkinan (Feasibility Study) dan Keselamatan dua (2) Blok Bangunan di Kawasan Highland Towers, Ulu Kelang, Selangor
6. Ahli Jawatankuasa Antara Agensi Kerajaan Bagi Pengurusan Cerun (ICSM)

e) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi
1. Penasihat Teknikal SlopeWatch (Badan NGO Pemantauan Cerun)

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar YBHG. DATO’ IR. DR. CHE HASSANDI BIN ABDULLAH dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara. Terima kasih di atas sumbangan dan jasa.