Date: Khamis, Ogos 8, 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa satu seminar anjuran Cawangan Kejuruteraan Mekanikal dan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE), Jabatan Kerja Raya Malaysia, iaitu Seminar Kualiti Persekitaran Dalaman Jabatan Kerja Raya 2019 (IEQ JKR 2019) akan diadakan pada 5 hb September 2019 bertempat di Dewan CREaTE, Alor Gajah, Melaka.

Tujuan utama IEQ JKR 2019 diadakan adalah untuk mempromosikan pelaksanaan IEQ dalam industri pembinaan melalui jalinan kerjasama dan perkongsian maklumat dengan agensi Kerajaan, Institusi Pendidikan, Persatuan serta Industri bagi menerapkan dan memperkasakan persekitaran dalaman yang sihat dan selamat melalui peningkatan kesedaran dan pengetahuan.

Di samping itu, jalinan kerjasama dan perkongsian maklumat ini adalah untuk memastikan setiap kajian atau kertas kerja yang dibangunkan akan mendapat buy-in daripada pihak industri dan juga digunapakai dalam pelaksanaan projek-projek JKR. Tema seminar kali ini ialah Persekitaran Dalaman Berkualiti Memacu Produktiviti Negara. Sila rujuk Lampiran A yang disertakan untuk kandungan dan aturcara seminar.

Sehubungan dengan itu, YBhg. Dato’/ Datin/ tuan/ puan serta semua pegawai dan kakitangan Jabatan Kerja Raya Malaysia adalah dijemput untuk menghadiri seminar ini. Segala tuntutan perjalanan mengikut kelayakan perlu dikemukakan terus ke pejabat masing-masing. Sila rujuk Lampiran B (kuota peserta JKR Ibu Pejabat) dan Lampiran C (kuota peserta JKR Negeri).

Pegawai yang berminat atau yang dicalonkan dikehendaki melengkapkan Lampiran D (Borang Maklum Balas Penyertaan) seperti yang dilampirkan, dan dikemukakan ke Cawangan Kejuruteraan Mekanikal selewat-lewatnya pada 20hb Ogos 2019 (Selasa). Pegawai adalah dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran/ pelepasan daripada pegawai penyelia masing-masing sebelum mengemukakan permohonan/ pencalonan. Penyertaan adalah terhad dan berdasarkan ‘first come, first served basis’. Pegawai-pegawai yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel dan DIWAJIBKAN hadir ke seminar ini.

Sebarang pertanyaan mengenai seminar ini bolehlah menghubungi pegawai berikut:

  1. En. Azrul Nizam bin Adenan (03 2618 9536)
  2. En. Addy Shahelmy bin Abdul Salam (03 2618 9534)
  3. En. Mohd Yusof bin Ahmad (06 551 2295)

atau melalui email : seminarieq [at] gmail.com