Date: Rabu, Ogos 14, 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Pengarah Pekhidmatan Awam telah meluluskan pemangkuan YBhg. Datuk Ir. Ruslan Bin Abdul Aziz ke Gred Utama B sebagai Pengarah Kanan, Cawangan Jalan Jabtan Kerja Raya Malaysia mulai 9 Ogos 2019.

Sehubungan itu, warga Jabatan Kerja Raya ingin mengucapkan tahniah dan sekalung penghargaan di atas kejayaan YBhg. Datuk Ir. dan berharap dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengn penuh dedikasi, professional dan berintegriti dalam memastikan Jabatan ini terus cemerlang. Semoga matlamat dan agenda pembangunan negara yang menjadi tanggungjawab jabatan ini dapat dilaksanakan secara efektif dan efisien.

Tahniah sekali lagi diucapkan.