Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah meluluskan pemangkuan Sr Dr. Khairil Hizar Md Khuzaimah ke Juruukur Bahan Penguasa (J52) di bawah program Kemajuan Kerjaya Laluan Secara Pantas (Fast Track) bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dan ditempatkan di Cawangan Perancangan Aset Bersepadu berkuat kuasa 30 Ogos 2019.
Sejak program ini mula diperkenalkan pada tahun 2017, Sr Dr Khairil Hizar merupakan pegawai pertama Jabatan yang telah melepasi semua peringkat penilaian yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam termasuk English Language Proficiency Assessment (Band 4), Middle Management Leadership Assessment Programme (Band 5) dan Penempatan Khas (penilaian 360 darjah, penyediaan dan pembentangan laporan dan sesi temuduga) serta memenuhi semua syarat-syarat bagi Kemajuan Kerjaya Laluan Secara Pantas (Fast Track).
Seluruh warga JKR Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pemangkuan tersebut dan semoga menjadi pendorong kepada beliau untuk terus memberikan komitmen tinggi kepada kecemerlangan JKR.
- 3652 bacaan