Date: Jumaat, September 13, 2019

Seminar Pengurusan Projek 2019 bertemakan “Delivering Values Through Project Management Excellence” telah berlangsung pada 11 September 2019 bertempat di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE), Melaka.  Seminar sehari ini merupakan anjuran bersama Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) dan CREaTE.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBrs. Ir. Kamaluddin bin Abdul Rashid dan disaksikan oleh YBrs. Ar. Zairul Azidin bin Badri, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBrs. Ir. Mohd Rahim bin Hj. Kawangit, Pengarah Kanan CPAB, YBrs. Dr. Maziah binti Mohammad, yang menjalankan tugas Pengarah Kanan, CREaTE dan turut diiringi oleh Pengarah-Pengarah Kanan, Pengarah-Pengarah Ibu Pejabat JKR Malaysia dan JKR Negeri.

Penganjuran seminar kali ini yang telah dihadiri oleh seramai 317 orang peserta dari Ibu Pejabat JKR Malaysia, JKR Negeri dan Kader memberi penekanan kepada aspek kompetensi, budaya kerja yang berintegriti, telus, amanah dan jujur serta keutamaan untuk mendokumentasi lesson learned projek sebagai satu iktibar dan perkongsian pengalaman.

Sebanyak enam kertas pembentangan telah disampaikan oleh penceramah-penceramah yang terdiri daripada pegawai JKR Malaysia, ahli akademik dan pihak industri yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan luas dalam bidang Pengurusan Projek seperti berikut:

  1. Project Management Approach Case Study - LRT Extension Project oleh En. Zulkiflee bin Omar dari Opus International (M) Bhd
  2. Re-Learning the Competencies in Project Management & The Malaysian Construction Industry Competency Standard (CICS) National for Project Managers oleh Prof. Madya Sr. Dr. Fadzil bin Hassan dari Universiti Teknologi MARA
  3. MegaProject Challenges KVMRT Line 1 & 2 Underground Works oleh En. Ng Hau Wei dari MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd
  4. Lesson Learned from MRT2 SSP Line Project oleh Ir. Abd Rahman Bin Shamsuddin dari CPAB, JKR Malaysia
  5. Project Lesson Learned @ JKR Malaysia: Learn, Unlearn and Relearn oleh Sr Dr. Khairil Hizar bin Md Khuzaimah dari CPAB, JKR Malaysia
  6. Amalan Terbaik Dalam Pengurusan Tapak Bina (Projek PULAPAS) oleh Ir. Alias bin Mohd Zin dari JKR Negeri Johor


Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Kanan CPAB, YBrs. Ir. Mohd Rahim bin Hj. Kawangit. Adalah diharapkan seminar ini memberi peluang kepada warga JKR untuk berkongsi ilmu dan pengalaman, bertukar idea dan pandangan serta meningkatkan pemahaman dalam aspek amalan terbaik pengurusan projek.

CPAB dan CREaTE merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas sokongan pihak pengurusan atasan Jabatan dan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan seminar tersebut.

Slaid pembentangan boleh didapati dengan mengunjungi Portal JPedia di alamat berikut: https://jpedia.jkr.gov.my/index.php/WikiPapers#Seminar_Pengurusan_Projek_2019