Date: Rabu, Januari 8, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Ir. JOHARI BIN EMBY, PENGARAH PAKAR, CAWANGAN JALAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 2 Januari 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam di JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 2 Oktober 1984. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1984 - 1990 : Jurutera Awam,  JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  2. Tahun 1990 - 1992 : Jurutera Awam, Unit Pavemen, Institut Latihan Penyelidikan JKR
  3. Tahun 1992 - 1994 : Cuti Belajar Bergaji Penuh di University Purde, USA
  4. Tahun 1994 - 1995 : Jurutera Awam, Institut Kerja Raya (IKRAM)
  5. Tahun 1995 - 2002 : Jurutera Awam, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur
  6. Tahun 2002 - 2004 : Pengurus Projek, Syarikat Sarawak Hidro Sdn. Bhd.
  7. Tahun 2004 - 2007 : Jurutera Awam Kanan, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur
  8. Tahun 2007 - 2011 : Jurutera Awam Penguasa, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur
  9. Tahun 2011 - 2014 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur
  10. Tahun 2014 - 2015 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri
  11. Tahun 2015 - 2015 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur
  12. Tahun 2015 - 2016 : Pengurus Besar Kanan Pembinaan, Projek Pengerang Integrated Petroleum Complek (PIPC)
  13. Tahun 2016 - 2018 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR  Kuala Lumpur
  14. Tahun 2018 - 2020 : Pengarah Pakar , Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR  Kuala Lumpur

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1989, 1994 dan 2005

b) Pengiktirafan Kelayakan Profesional dan Kekompetenan

  1. Jurutera Profesional, PE 
  2. Road Engineering Level 4
  3. Road Safety Engineering Level 4
  4. Project Management Certificated  - 2010
  5. Project Certificated (Assessor) - 2017
  6. Registed  Project Director - 2011

c) Sumbangan Dalam Tugas Rasmi

  1. Board of Engineer Malaysia
  2. Jawatankuasa Teknikal Spesifikasi BIM Employer Information Requirement
  3. Regulatory Impact Assessment Bagi Pemandatorian MS 2701
  4. Working Group On Bitumen and Bituminous Products

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan Ir. JOHARI BIN EMBY dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.