Date: Jumaat, Januari 24, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Ir. HAMZAH BIN MD YUSOFF, JURUTERA MEKANIKAL PENGUASA KANAN, CAWANGAN PERANCANGAN ASET BERSEPADU yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 26 Januari 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Pengarah Bangunan Pusat Sains Negara di Pusat Sains Negara Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada bulan Mei 1993. Sepanjang 27 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1993 - 1995 : Penolong Pengarah Bangunan, Pusat Sains Negara Bukit Kiara, Kuala Lumpur
  2. Tahun 1995 - 1995 : Jurutera Mekanikal Residen, Projek Pembinaan Hospital Pengajar UKM, Bandar Tun Razak, KL
  3. Tahun 1997 - 1999 : Jurutera Mekanikal, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, IP JKR
  4. Tahun 1999 - 2004 : Jurutera Mekanikal, Cawangan Bekalan Air, IP JKR
  5. Tahun 2004 - 2005 : Jurutera Mekanikal Kanan, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  6. Tahun 2005 - 2007 : Jurutera Mekanikal Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am, IP JKR
  7. Tahun 2007 - 2009 : Jurutera Mekanikal Kanan, Parlimen Malaysia
  8. Tahun 2009 - 2012 : Jurutera Mekanikal Penguasa, JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya 
  9. Tahun 2012 - 2014 : Jurutera Mekanikal Penguasa, Cawangan Kerja Pendidikan
  10. Tahun 2014 - 2015 : Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu
  11. Tahun 2015 - 2017 : Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, Pasukan Projek Khas 1, CDPK
  12. Tahun 2017 - 2020 : Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan antaranya;

a) Pengiktirafan Kelayakan Profesional dan Kekompetenan

  1. Jurutera Profesional - Lembaga Jurutera Malaysia
  2. Member Korporat - Institut Jurutera Malaysia
  3. Sijil Pengagihan Gas Untuk Jurutera Gas - Universiti  Teknologi Malaysia
  4. Perakuan Kekompetenan Jurutera Gas - Suruhanjaya Tenaga Malaysia

b) Sumbangan Dalam Tugas Rasmi

  1. Peneraju Tema Satu Pelan Strategik JKR
  2. Peneraju  Pelan Transformasi CPAB
  3. Perancangan ‘business plan’ CPAB
  4. Urusetia penubuhan dan pemantauan Pasukan Projek Persekutuan Negeri
  5. Pemantau bagi PO seluruh JKR termasuk Labuan

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan Ir. HAMZAH BIN MD YUSOFF dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.