Date: Rabu, Februari 19, 2020

Pada 19 Februari 2020, YBrs. Puan Mastura binti Ahmad Mustafa, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBrs. Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid.

Kunjungan YBrs. Puan Mastura, TKSU (Pembangunan) MINDEF dimulakan dengan mengunjungi Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, di tingkat 33 Menara Kerja Raya dengan disambut oleh YBrs. Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid serta pengarah-pengarah kanan JKR. Seterusnya telah diadakan sesi menandatangan buku pelawat dan pemberian cenderahati.

Majlis diteruskan dengan sesi interaksi bersama YBrs. Puan Mastura, TKSU (Pembangunan) MINDEF yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Aras 33, Menara Kerja Raya.

Secara keseluruhannya, kunjungan ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan dan diharap kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekalung penghargaan diucapkan kepada YBrs. Puan Mastura binti Ahmad Mustafa di atas kesudian berkunjung ke Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.