Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Penyelarasan dan Khidmat Sokongan, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Jabatan Kerja Raya (JKR) akan mengadakan Program Kempen Derma Darah dengan kerjasama Pusat Darah Negara pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 27 Februari 2020 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : Aras Plaza, Blok G, Menara Kerja Raya, JKR
Sehubungan itu, semua warga JKR adalah dijemput hadir bagi menjayakan program murni ini dalam usaha untuk membantu Pusat Darah Negara meningkatkan stok bekalan darah di hospital Kerajaan.
Antara program menarik lain yang turut disediakan adalah pemeriksaan kesihatan iaitu melibatkan pemeriksaan Pap Smear/HPV dari Klinik Kesihatan Tanglin di sepanjang program tersebut berlangsung.
- 806 bacaan