Date: Jumaat, Julai 3, 2020

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN BANGUNAN BARU BENGKEL SENI KULINARI, BENGKEL PENJAGAAN DAN PERKHIDMATAN MASYARAKAT DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN DI KOLEJ VOKASIONAL(ERT)SETAPAK, KUALA LUMPUR (PROGRAM CONVERSION SMV KE KOLEJ VOKASIONAL 7 KOLEJ RINTIS)

Majlis penyerahan projek Cadangan Membina Dan Menyiapkan Bangunan Baru Bengkel Seni Kulinari, Bengkel Penjagaan dan Perkhidmatan Masyarakat dan Lain-Lain Kemudahan Di Kolej Vokasional(ERT) Setapak, Kuala Lumpur (Program Conversion SMV Ke Kolej Vokasional 7 Kolej Rintis) telah diadakan pada 1 Julai 2020 (Rabu) bertempat di Bangunan Baru Blok Seni Kulinari, Kolej Vokasional ERT Setapak.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Maria Binti Marcus, Pengarah Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada YBrs. Tn Roseazalee Bin Hashim, Ketua Penolong Pengarah, Pembangunan Infrastruktur TVET, Sektor Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan TVET, Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional yang mewakili pihak pelanggan. Majlis juga dihadiri oleh YBrs. Tn Haji Fauzi Bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Kurikulum TVET, KPM, YBhg. Datin Hjh Nor A’idah Binti Johari, Pengarah Kolej Vokasional ERT Setapak dan wakil-wakil HOPT dan HODT serta pensyarah-pensyarah kolej.

Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman. Pengurus Program adalah Cawangan Kerja Pendidikan (CKP) dan JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diberikan tanggungjawab untuk menyelia projek ini di tapak bagi memastikan kualiti projek ini pada tahap yang tertinggi. Perolehan projek ini telah dilaksanakan secara tender terbuka dan kontraktor yang berjaya adalah Niat Suci Sdn. Bhd.
Bangunan yang terlibat membabitkan dua (2) blok utama dan lima (5) blok bagi lain-lain kemudahan seperti berikut:

Blok Utama:
i. Bengkel Seni Kulinari; dan
ii. Bengkel Penjagaan dan Perkhidmatan Masyarakat

Blok Lain-lain:
i. Tandas Berpusat;
ii. Rumah Pam dan Pencegahan Kebakaran; 
iii. Rumah Pam dan Tangki Sedut;
iv. Pencawang Elektrik; dan
v. Stor LPG (Liquefied Petroleum Gas)

Pembinaan projek ini telah dimulakan pada 9 Mei 2017 dan disiapkan pada 26 Jun 2020 dengan kos kontrak asal sebanyak RM 9,848,674.33 berbanding kos akhir kontrak adalah sebanyak RM 9,414,202.20 dengan penjimatan lebih kurang RM400,000.00

Projek ini telah disiapkan secara 3 dalam 1 dan berjaya diserahkan kepada pelanggan dalam tempoh kurang 1 minggu dari tarikh  CPC dikeluarkan iaitu:
i. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC);
ii. Lukisan siap bina (As-Built) dan Operation & Maintenance Manual (OMM);
iii. Penyata Akaun Muktamad (SOFA);

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan projek dapat disiapkan dengan jayanya.