Bertempat di JKR Melaka, pada 17 September 2020, jam 2.30 petang telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan penyerahan surat rasmi perlantikan Pengarah Projek (P.D) bagi projek di bawah Cawangan Kerja Kesihatan (CKK) iaitu projek NAIKTARAF SISTEM BEKALAN ELEKTRIK HOSPITAL MELAKA (REKA DAN BINA).
Majlis telah disempurnakan oleh Ar. IDr. Zainal bin Hj. Mat Rais, S.I.S, A.M.N Arkitek Penguasa Kanan, mewakili Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan (CKK) dengan penyerahan dokumen Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor yang berjaya iaitu; LAPISAN REZEKI SDN. BHD. serta penyerahan surat perlantikan Pengarah Projek kepada Pengarah Jabatan Kerja Raya Melaka, YBhg. Datuk Ir. Hj. Ismail bin Abdul Rahman. Majlis turut dimerterai dengan sesi bacaan ikrar dan tandatangan Aku Janji oleh pihak Kontraktor.
Hadir bersama adalah YBrs. Dr. Mohd Khalid bin Abdul Samad, Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan mewakili Kementerian Kesihatan Malaysia. Majlis turut diraikan dengan kehadiran wakil-wakil dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Hospital Melaka dan wakil-wakil dari pejabat HODT dan JKR Melaka.
Kaedah perlaksanaan projek ini adalah secara Reka Dan Bina dengan kerjasama di antara HOPT iaitu Bahagian Pengurusan Projek 4, Cawangan Kerja Kesihatan (CKK) dan semua Pasukan HODT. Manakala Pengarah Jabatan Kerja Raya Melaka dilantik sebagai Pengarah Projek (P.D) bagi projek ini.
Perolehan projek ini telah dilaksanakan secara Tender Terbuka (Pra-Kelayakan) dan kontraktor yang berjaya adalah Lapisan Rezeki Sdn. Bhd. Tempoh perlaksanaan projek adalah selama 104 minggu bermula daripada tarikh milik tapak pada 21 September 2020 sehingga 18 September 2022.
JKR selaku agensi pelaksana kerajaan memikul amanah rakyat untuk memastikan serta memenuhi aspirasi kerajaan agar projek ini dapat disiapkan dengan sempurna, berkualiti & tepat pada masa sepertimana yang telah dijanjikan.
#jasakepadarakyat #infraprihatin
- 1034 bacaan