Pada 8 Oktober 2020 jam 11.00 pagi, bertempat di Aras 33, Blok G, Jabatan Kerja Raya Malaysia, telah berlangsungnya acara ringkas Penyerahan Watikah Bagi Penempatan Pegawai Gred Utama dan Gred Khas, yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato' Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman.
Senarai 19 penerima watikah tersebut adalah seperti berikut:
1. YBhg. Dato' Ir. Haji Ahmad Redza bin Ghulam Rasool ditempatkan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya(Sektor Infra), Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya memangku Jurutera Awam Gred Utama B secara Khas Untuk Penyandang (KUP) dengan dibayar elaun memangku berkuat kuasa mulai 7 Oktober 2020;
2. YBrs. Ir. Mohamed Amin bin Kasim ditempatkan sebagai Pengarah Kanan di Cawangan Jalan, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya memangku Jurutera Awam Gred Utama B dengan dibayar elaun memangku berkuat kuasa mulai 7 Oktober 2020;
3. YBrs. Ir. Dr. Lim Char Ching ditempatkan sebagai Pengarah Kanan di Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya memangku Jurutera Awam Gred Utama B dengan dibayar elaun memangku berkuat kuasa mulai 7 Oktober 2020;
4. YBrs. Sr. Amran bin Mohd Majid ditempatkan sebagai Pengarah Kanan di Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya memangku Juruukur Bahan Gred Utama B dengan dibayar elaun memangku berkuat kuasa mulai 7 Oktober 2020;
5. YBhg. Dato' Ir. Hj. Habbali bin Ibrahim ditempatkan sebagai Pengarah Kanan di Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya memangku Jurutera Mekanikal Gred Utama B dengan dibayar elaun memangku berkuat kuasa mulai 7 Oktober 2020;
6. YBrs. Dr. Maziah binti Mohammad ditempatkan sebagai Pengarah Kanan di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE), Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya memangku Jurutera Awam Gred Utama B dengan dibayar elaun memangku berkuat kuasa mulai 7 Oktober 2020;
7. YBrs. Ir. Wan Mohamad Hilmi bin Wan Mahmud ditempatkan sebagai Pengarah di Bahagian Pengurusan Nilai, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri memangku Jurutera Awam Gred Utama B dengan dibayar elaun memangku berkuat kuasa mulai 7 Oktober 2020;
8. YBrs. Ir. Rahmat bin Haji Abdul Rahman ditempatkan sebagai Pengarah di Bahagian Bekalan Air , Kementerian Alam Sekitar dan Air memangku Jurutera Awam Gred Utama B dengan dibayar elaun memangku berkuat kuasa mulai 7 Oktober 2020;
9. YBrs. Ir. Hanizan binti Shaffii ditempatkan sebagai Pengarah Kanan di Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya memangku Jurutera Elektrik Gred Utama C secara Khas Untuk Penyandang (KUP) dengan dibayar elaun memangku berkuat kuasa mulai 7 Oktober 2020;
10. YBrs. Ir. Waznah binti Abdul Aziz ditempatkan sebagai Pengarah di Cawangan Kejuruteraan lnfrastruktur Pengangkutan, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya memangku Jurutera Awam Gred Utama C dengan dibayar elaun memangku berkuat kuasa mulai 7 Oktober 2020;
11. YBrs. Ir. Haji Ibrahim bin Esa ditempatkan sebagai Pengarah di Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya memangku Jurutera Awam Gred Utama C dengan dibayar elaun memangku berkuat kuasa mulai 7 Oktober 2020;
12. YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman ditempatkan sebagai Pengarah Pakar Kejuruteraan Jalan dan Jambatan, Cawangan Jalan, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya memangku Jurutera Awam Gred Utama C dengan dibayar elaun memangku berkuat kuasa mulai 7 Oktober 2020;
13. Encik Suhaimi bin Jamaludin ditempatkan sebagai Pengarah di Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya memangku Jurutera Awam Gred Utama C dengan dibayar elaun memangku berkuat kuasa mulai 7 Oktober 2020;
14. YBrs Ir. Haji Masri bin Baharuddin ditempatkan sebagai Pengarah di Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya mamangku Jurutera Awam Gred Utama C dengan dibayar elaun memangku berkuat kuasa mulai 7 Oktober 2020;
15. YBrs. Sr. Dr. Rozina binti Mohd Zafian ditempatkan sebagai Pengarah di Bahagian Kompetensi, Pensijilan dan Akreditasi Kejuruteraan, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE), Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya memangku Juruukur Bahan Gred Utama C dengan dibayar elaun memangku berkuat kuasa mulai 7 Oktober 2020;
16. YBrs. Ir. Dr. Sherliza binti Zaini Sooria ditempatkan sebagai Pengarah di Bahagian lnovasi, Pembangunan dan Penyelidikan, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE), Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya memangku Jurutera Awam Gred Utama C dengan dibayar elaun memangku berkuat kuasa mulai 7 Oktober 2020;
17. YBrs. Ir. Hafizah binti Zakaria ditempatkan sebagai Pengarah di Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya memangkuJurutera Awam Gred Utama C dengan dibayar elaun memangku berkuat kuasa mulai 7 Oktober 2020;
18. YBrs. Ir. Anita binti Mohamed Shafie ditempatkan sebagai Pengarah di Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya memangku Jurutera Awam Gred Utama C dengan dibayar elaun memangku berkuat kuasa mulai 7 Oktober 2020; dan
19. Tuan Haji Sulaiman bin Kamisan ditempatkan sebagai Timbalan Pengarah di Bahagian Bekalan Air, Kementerian Alam Sekitar dan Air memangku Jurutera Awam Gred Utama C dengan dibayar elaun memangku berkuat kuasa mulai 7 Oktober 2020.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan.
- 4270 bacaan