Pada 12 Oktober 2020, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB Dato' Dr. Razali Bin Ab Malik telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato' Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman.
Kunjungan YB. Dato’ Dr SUK Negeri Sembilan dimulakan dengan mengunjungi Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, di tingkat 33 Menara Kerja Raya dengan disambut oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman serta Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia. Seterusnya telah diadakan sesi menandatangan buku pelawat dan pemberian cenderahati.
Majlis diteruskan dengan sesi interaksi bersama YB. Dato’ Dr. SUK Negeri Sembilan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Aras 33, Menara Kerja Raya.
Secara keseluruhannya, kunjungan ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan dan diharap kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekalung penghargaan diucapkan kepada YB Dato' Dr. Razali Bin Ab Malik atas kesudian berkunjung ke Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.
Semoga dengan kunjungan hormat ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara agensi dan Negeri Sembilan.
- 1348 bacaan