Majlis penyerahan projek kerja-kerja penyelenggaraan Dan Pembaikan Am(Sivil & Elektrik) Di JKR AB 1592, JKR AB 1593, JKR AB 1594, Kem Pulapot Jalan Genting Kelang, Kuala Lumpur pada 13 November 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Latihan Kor Polis Diraja Kem Genting Kelang.
Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Wakil Pegawai Penguasa (WPP) Mohamad Azreen Bin Hamidiah, Jurutera Awam Kanan Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan di saksikan oleh YBrs. Hjh. Norliza Bin Badaruzaman Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, CFSB kepada YBrs. Mejar Mohamad Yazid Bin Ahmad Rosman Timbalan Komandan Kem Pulapot Jalan Genting Kelang dan wakil Pengurus Program serta pegawai-pegawai kanan Kem Pulapot Jalan Genting Kelang.
Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman. Pengurus Program adalah Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CFSB), dan JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diberikan tanggungjawab untuk menyelia projek ini di tapak bagi memastikan kualiti projek ini pada tahap yang tertinggi. Perolehan projek ini telah dilaksanakan secara tender dan sebutharga terbuka dan kontraktor yang berjaya adalah H&F Millenium(Tender Sivil) dan Naztec Enterprise (Sebutharga Elektrik).
Skop kerja melibatkan sebanyak 20 buah unit rumah di mana di atara skop utama bagi projek ini ialah membina dinding batu-bata, mengecat dinding dalam & luar, pembaikan keseluruhan tandas(Jubin, fitting & water proofing), paip air dalaman, paip saluran kumbahan (termasuk pembersihan Septic Tank), membekal & memasang Built-In Cabinet manakala bagi skop kerja elektrik pula ialah mengemaskini pepasangan lama bagunan, pendawaian lengkap seluruh rumah,penggantian kabel utama bekalan bangunan, penggantian kabel utama SUB utama ke rumah, pemasangan perkakasan elektrik, penggantian meter kwh dan bekal serta pasang SSB unit bangunan terlibat.
Pembinaan projek ini telah dimulakan pada 24 Disember 2019 dan disiapkan pada 13 November 2020 dengan kos kontrak asal sebanyak RM 828,000.00 berbanding kos akhir kontrak adalah sebanyak RM 826,984.93 dengan penjimatan lebih kurang RM 1,015.07 (0.12%) bagi tender sivil. Manakala bagi elektrik pula jumlah kos kontrak tersebut ialah sebanyak RM 353,740.00
Projek ini telah disiapkan secara 8 dalam 1 iaitu:
- Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC);
- Lukisan siap bina (As-Built));
- Penyata Akaun Muktamad (SOFA);
- Penjimatan Kos Projek
- Serah awal daripada tarikh siap semasa
- Serah pada Tarikh CPC
- Zero Lost Time Injuries
- Zero Major Defects
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan projek dapat disiapkan dengan jayanya.
- 1101 bacaan