Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Penyelarasan dan Khidmat Sokongan, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Jabatan Kerja Raya (JKR) akan mengadakan Program Kempen Derma Darah dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 30 Mac 2021 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 2.30 petang
Tempat : Aras Plaza, Blok G, Menara Kerja Raya, JKR
Warganegara Malaysia : DIWAJIBKAN membawa Kad Pengenalan
Bukan Warganegara Malaysia : DIWAJIBKAN membawa Passport
Sehubungan itu, semua warga JKR adalah dijemput hadir bagi menjayakan program murni ini dalam usaha untuk membantu Pusat Darah Negara meningkatkan stok bekalan darah di hospital Kerajaan.
- 699 bacaan