Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti PUAN RABIAH BINTI AB AZIZ, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN CAWANGAN PERANCANGAN ASET BERSEPADU JKR NEGERI SELANGOR yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 30 APRIL 2021.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam (J41) di Cawangan Rekabentuk Struktur Bagunan pada tahun 1985. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan seperti berikut;
- Tahun 1985 - 1990 : Jurutera Awam (J41), Cawangan Rekabentuk Struktur Bangunan
- Tahun 1990 - 1999 : Jurutera Awam (J41), Bahagian Jalan JKR Negeri Selangor
- Tahun 1999 - 2007 : Jurutera Awam Kanan (J48), Ibu Pejabat JKR Malaysia
- Tahun 2008 - 2009 : Ketua Bahagian (J52), Cawagan Kejuruteraan Senggara JKR Malaysia
- Tahun 2010 - 2014 : Ketua BAhagian (J52), Bahagian Senggara Persekutuan Negeri JKR Negeri Selangor
- Tahun 2014 - 2015 : KPP Bahagian Jalan, JKR Negeri Melaka
- Tahun 2015 – 2016 : Ketua Bahagian BBP, Cawangan Kerja Pendidikan JKR Malaysia
- Tahun 2016 – 2020 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu JKR Negeri Selangor
Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;
a) Sumbangan dalam Kegiatan Dalam Tugas Rasmi
- Pengurus Pengetahuan Jawatankuasa Pelaksanaan Dan Pemantauan Pembudayaan Ilmu JKR (2016 - 2020)
- Sistem Audit Dalaman Bagi Sistem Pengurusan Bersepadu Bagi Persediaan Dan Pelaksanaan Audit Dalaman (2017 – 2020)
- Pegawai Pengurusan Kompetensi Dan Latihan (KPPKL) JKR Negeri Selangor (2017 – 2020)
- Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) JKR Negeri Selangor (2017 – 2020)
- Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) JKR Negeri Selangor (2017 – 2020)
- Ahli – Bidang Pengurusan Projek Dalam Piagam Pelanggan JKR (2017)
- Integriti JKR Malaysia (2017)
- Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) JKR Selangor (2017 – 2020)
- Timbalan YDP - Kelab Sukan Dan Kebajikan Ibu Pejabat JKR Selangor (2017)
b) Penghargaan dan Pengiktirafan
- Anugerah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2006, 2021.
- Darjah Kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S) pada tahun 2017
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan PUAN RABIAH BINTI AB AZIZ dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati tuhan.
Selamat Bersara.
"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"
- 1726 bacaan