Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE).
Di antara objektif penganjuran Konvensyen KIK JKR ialah memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan warga JKR supaya dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan Jabatan serta memberi peluang kepada warga JKR menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri.
Sehubungan dengan itu, semua Warga JKR adalah dipelawa untuk menyertai Konvensyen KIK JKR Tahun 2021 yang dijangka akan diadakan pada bulan
Oktober 2021.
Butiran ringkas Konvensyen KIK JKR 2021 adalah seperti berikut:
- Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga JKR. Setiap Kumpulan KIK hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya dua (2) orang tetapi tidak melebihi sepuluh (10) orang;
- Kumpulan KIK dikehendaki mengisi borang penyertaan secara atas talian di pautan https://form.jotform.com/210268013598052 (link is external) atau mengimbas
QR Code yang tertera di bawah. Selain daripada itu, peserta perlu mengemukakan laporan komprehensif projek serta dokumen berkaitan, sebagaimana yang ditetapkan dalam garis panduan, kepada sekreteriat program selewat-lewatnya pada30 Jun 202116 Ogos 2021; dan
- Setiap ahli kumpulan KIK perlu membaca garis panduan yang disertakan untuk maklumat lanjut berkenaan dengan syarat penyertaan Konvensyen KIK.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan boleh menghubungi sekreteriat program seperti di bawah:
Nama | Emel | No. Telefon |
Jaini bin Kayapis | jaini [at] jkr.gov.my | 06-551 2253 |
Siti Farah Aiman binti Md Sopian | farahaiman [at] jkr.gov.my | 06-551 2269 |
Mohamad Fadlizuha bin Mahat | fadlizuha @jkr.gov.my | 06-551 2260 |
Sekian, terima kasih
- 555 bacaan